Followers

Tuesday, September 3, 2013

DIY Buat Bantal Dulang Hantaran Moden

*DIY = Do-It-Yourself = Buat Sendiri
Cerita baru tentang DIY di blog ini. Dikongsikan cara-cara DIY macam-macam kraftangan bagi meningkatkan pengetahuan dan menjimatkan belanja (semestinya!) Gambar yang dikongsi adalah dulang hantaran moden yang belum siap dihias untuk digunakan sempena majlis pertunangan/perkahwinan. Barangnya belum ditentukan lagi cuma ada banyak masa untuk siapkan 5 buah dulangnya dulu.

Dulang Hantaran Ringkas DIY yang separuh siap :-)

Dulang
OK saya gunakan dulang besi berkaki 4 yang lebih stabil dan mudah dibawa. Sebab dulang satu kaki barang mudah tergolek (ehe jangan salahkan pembawa dulang ye kadang2 letak barang tak kemas atau terlalu tinggi..majlis pun jadi terganggu kan..) takpe ini sekadar pilihan.
Harga dulang besi yang ini RM15 di kedai bunga (Shah Alam). Pilihan lain ada juga yang lebih tinggi dan berat sedikit harga RM23..
Dulang besi ni dah cantik cat putih jadi sesuai untuk terus letak barang di dalamnya dan tambah hiasan ringkas. Ada yang suka letak kertas rincih (shredded paper) sebagai tapak barang atau letak kertas nipis ikut tema warna sahaja dah cantik. Atau boleh juga buatkan bantal dulang sebagai tapak barang supaya barang akan lebih terserlah macam gambar ni.
Cerita lain pasal dulang ni ialah lepas majlis boleh buat hiasan atau bekas hidangan letak makanan untuk tetamu..cantik kan..kegunaan 2 dalam 1..terbaik dan tak membazir :-)

Bantal Hantaran
Idea untuk buat bantal ni bertujuan untuk tinggikan (atau timbulkan) barang dalam dulang ni. Kalau beli siap pun ada tapi puas hati dapat buat sendiri. Bahan-bahannya :-
1. Kertas kadbod (potong dari kotak terpakai jer)
2. Pembaris
3. Pisau
4. Gunting
5. Gam
6. Span nipis (60 sen sekeping, ada pelbagai warna kalau tak mahu balut dengan kain boleh terus guna span)
7. Fibre atau isi bantal (Fibre boleh dapat RM7 untuk setengah kilo..lebih bole buat kraf lain pulak)
8. Kain untuk balut (secukupnya..kain satin boleh dapat RM2.50 semeter, lagi tebal lagi senang nak balut dan lagi murah boleh dapat RM2 ke bawah semeter.. terpulang ikut citarasa dan bajet. Beli kat kedai kain lagi murah dari kedai bunga yang juga ada jual kain potong tapi pilihan terhad lah)

Cara buat bantal :-
- Dengan bantuan pembaris, potong kadbod dengan pisau 24cm x 24cm (kecil sedikit dari ukuran dalam dulang,sebab kembung selepas dibalut dengan span)
- Bentangkan span nipis. Letak kadbod atas span. Potong keliling ikut ukuran sesuai. Contohnya saya buat 3 cm keliling. Lebih ukuran maka lebih tinggi bantal.
- Potong juga hujung span untuk mudah membentuk segi bantal
- Gamkan span pada keliling kadbod. Buat 3 bahagian dahulu dan biarkan 1 bahagian terbuka untuk dimasukkan fibre
- Masukkan fibre dan ratakan
- Gam semua bahagian, termasuk tepi bantal
- Dah siap sebiji bantal. Cuma kita balut dengan kain sebab nak tutup bawah kodbod sekali
- Ukuran kain boleh ambil lebih 6 cm, tak perlu potong tepi sebab nak balut keliling - macam balut hadiah.
- Siap dah. kalau rajin boleh tambah hiasan lagi

Bunga hiasan dulang
Hiasan bunga ringkas dah cukup untuk dulang yang cantik ni. Jadi bahannya senang je. Beli bunga yang sejambak ada 5 kuntum. (Bunga jenis ni 4 jambak = RM10 dapat 20 kuntum). Potong satu persatu tangkai dengan gunting dawai/playar. Kita nak guna 3 kuntum saje untuk 1 dulang. Kemudian sebagai base boleh guna daun paku pakis boleh dapat 1 = RM1. Untuk jimat lagi, 1 tangkai daun paku pakis boleh buat 2 bunga dulang sebab nak guna 3 helai daun jer. Jadi secara ringkasnya ikatkan semua bahan berikut menggunakan gam bunga (macam cellotape hijau yang selalu lilit untuk tangkai bunga tu) jadi setangkai bunga dulang :-
- 3 tangkai bunga
- 3 helai daun paku pakis
- Reben ikut suka

*Gambar berkaitan DIY lain kali update ya,maklumlah tangan dah terkena gam mana nak ambik gambar sendiri kan..sementara teringat ni baik buat cerita dulu..ehe jangan marah..terus follow blog ni ya :-) Kalau ada masa rajin-rajinlah survey harga mungkin tempat lain dapat lagi murah, untunglah korang ya.

Kalau bantal hantaran yang tak ikut saiz dulang dan tak mahu isi fibre, boleh juga terus guna polisterin yang siap dipotong seperti saiz bantal memang ada je kat kedai bunga tu. Kemudian buat step balut span nipis tadi dan balut dengan kain. So banyaklah pilihan DIY bantal hantaran kan. Selamat mencuba.


3 comments:

  1. Askum,akak nk tanya dulang nie akak bli kat kedai mane???

    ReplyDelete
  2. shah alam seksyen bpe? ape name kedai nye.. cantik sgt dulang nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan, sebab siap ada butterfly tu. Beli kat kedai bunga seksyen 18 yang dekat dengan mydin. Deret situ ada 2 kedai bunga, akak beli yang ni kat kedai yang tepi.

      Delete